Kereta Perodua Kancil adalah kenderaan yang dikeluarkan atau dihasilkan oleh Syarikat Perodua dengan kapasiti enjin 850cc dan 660cc. Saiz kereta ini sangat kecil, namun mampu memuat lima (5) orang penumpang termasuk pemandu. Model kereta produa kancil terbahagi kepada dua jenis iaitu, satu lampu segiempat dan satu lagi lampu berbentuk bulan. Keunikan kenderaan ini, dimana ia sangat mudah dikendalikan kerana saiznya yang kecil, sangat mudah untuk posisi parking dan dipandu. Kenderaan ini juga, boleh dimiliki dengan harga yang berpatutan dan pilihan boleh di pilih samaada kondisi gear manual atau auto. 



Pandangan Sudut dalam Kereta Perodua Kancil model 660cc (Gear Manual)


Sehubungan dengan itu, sememangnya kenderaan mesti ada rosaknya samada tidak enginnya tidak boleh dihidupkan dan lainnya. Penulis pernah memiliki kenderaan Perodua Kancil 660cc selama tujuh (7) tahun dan pernah berhadapan dengan pelbagai kerosakan. Walaupun sedemikian, ia boleh saja di atasi jika dapat dikenalpasti puncanya dengan baik. Mari kita pelajari sedikit sebanyak punca enjin Kereta Perodua Kancil apabila ianya tidak hidup;


  • BATERI
Bateri merupakan punca tenaga permulaan yang menyuntik enjin kereta untuk hidup. Sekiranya bateri kenderaan tidak dijaga (sama ada bateri basah atau kering) pasti akan rosak. Alkali atau timah didalam bateri, jika ia kering, ia tidak akan menghasilkan sumber tenaga kepada enjin kenderaan. Oleh yang demikian, anda haruslah sentiasa memeriksa kondisi bateri kenderaan anda setiap dua minggu sekali. Cek juga bahagian wayarnya yang disambungkan ke enjin agar tidak ada yang calar atau putus.

  • STARTER
Starter adalah amat penting kerana ia menyokong kepada enjin kereta untuk hidup apabila di start. Teknik manual boleh digunakan, dengan mengetuk - ketuk badan starter berkenaan sambil memulakan atau memusing picu kunci kepada kedidukan start. Pasrikan wayar starter bersambung dengan baik, agar bahan api dapat mengalir dengan lancar. 
Lazimnya untuk memeriksa, samaada starter masih dalam keadaan baiak atau rosak, sila cabut kepala bateri yang berwarna merah, semasa enjin kenderaan sedang hidup. Apabila enjin kenderaan masih stabil hidup, itu menandakan starter masih dalam keadaan ok, akan tetapi apabila enjin kereta mati semasa dihidupkan, ini bermakna starter enjin kereta anda itu, sudah rosak atau sudah beransur kepada rosak.

  • FIUS
Semestinya, setiap kenderaan mempunyai fius utama. Fius ini selalunya terletak di bahagian hadapan enjin atau di bawah stering kenderaan. Untuk kenderaan Peridua Kancil, fiusnya semua terletak di bahagian tepi di bawah stering. Umumnya setiap fius mempunyai fungsu masing - masing keatas enjin dan juga body kenderaan. Sila cek fius enjin samaada berada dalam keadaan baik atau tidak. Enjin tidak dapat dihidupkan sekinya fius enjin sudah rosak.

  • KARBURETOR

Karburetor adalah sejenis alat yang digunakan bagi mencampurkan bahan api petrol dengan udara dengan kadar yang betul bagi kegunaan enjin pembakaran dalaman. Ia pernah digunakan secara meluas pada kereta sehingga dekad 1990-an apabila ia digantikan dengan sistem suntikan bahan api yang lebih cekap. Kini, hampir kesemua kereta model terkini serta kebanyakan model motosikal besar menggunakan suntikan bahan api manakala karburetor kini hanya digunakan pada enjin-enjin kecil seperti pemotong rumput serta pada motosikal kecil.


Perkatan "karburetor" berasal daripada perkataan Perancis iaitu carbure yang bermaksud 'karbida' ataupun 'menggabungkan dengan karbon'. wikepedia


Bagi kenderaan Perodua Kancil, saiz karburetornya adalah kecil dan memerlukan keseimbangan angin agar dapat dihidupkan dengan mudah dan enjin kenderaan tidak bergegar. Lazimnya kenderaan Perodu Kancil akan sukar dihidupkan apabila aliran hos untuk angin tidak seimbang. Kebocoran udara menyebabkan kenderaan berkenaan tidak stabil. Oleh yang demikian, anda haruslah menyemak dan memastikan aliran hos (berwarna hitam) yang menyambungkan atau menghubungkan setiap enjin berada dalam keadaan baik. Sila ganti hos berkenaan jika ia sudah koyak dan longgar serta tidak boleh digunakan lagi. 




Pandangan hadapan, ruangan enjin Kereta Perodua Kancil model 660cc (Gear Manual)



Ikuti artikal terkait yang bermanfaat, berikut;


👉  Cara Penjagaan Enjin Kereta Dengan Baik


👉  Punca Corak Tayar Kenderaan Terhakis




Lantaran daripada itu, sekiranya anda tidak mahir dalam mengendalikan atau memerika perkara - perkara asas enjin kenderaan khususnya Kereta Perodua Kancil, sepertimana yang dikongsikan di atas. Oleh yang demikian adalah dinasihatkan kepada anda agar membawa kenderaan anda ke bengkel atau memanggil untuk mendapatkan khidmat kepakaran mekanik bergerak.