TINGKAT PENDIDIKAN NEGARA MALAYSIA

TINGKAT PENDIDIKAN NEGARA MALAYSIA

Negara Malaysia merupakan salah satu negara yang aman makmur yang dihuni oleh kaum Melayu, Cina dan India. Sifat muafakat, hormat menghormati serta toleransi sering dititik beratkan demi memupuk ikatan silaturrahim sesama insan.



TINGKAT PENDIDIKAN NEGARA
MALAYSIA 



Menjelang tahun 2020, Negara Malaysia dapat menjadi satu Negara bersatu dengan masyarakatnya yang berkeyakinan, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi progresif dan makmur serta mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang bersaing, dinamik cergas dan kental.
Sumber : www.pmo.gov.my/ms/wawasan-2020/malaysia-sebagai-negara-maju/

Pendidikan adalah amat penting untuk melahirkan seseorang yang lebih berilmu dan mempunyai kepakaran berfikir. Menurut sumber laman utama Kementerian Pendidikan Malaysia (Sumber : www.moe.gov.my/dasarmenu/sistem-pendidikan/) demi memantapkan sistem pendidikan Negra, tingkat pendidikan dikategorikan seperti berikut; 

·         Pendidikan Prasekolah

  •   Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;

·         Pendidikan Rendah

  •  Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagitempoh enam tahun tetapi   yang  boleh tamat diikuti dalam tempoh lima hingga tujuh tahun;      
  •   Ia terdiri daripada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan;

·         Pendidikan Menengah

  •  Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas;
  •   Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada :- 
    • sekolah akademik
    • sekolah teknik dan vokasional
    • sekolah kebangsaan agama

·         Pendidikan Lepas Menengah

  • Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi.

    Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah                       Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah.

     Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah :-

  •          Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan kepada Jabatan Pendidikan Khas
  •          Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan


Sehubungan daripada itu, sistem pendidikan Negara Malaysia adalah tersusun rapi dan mampu diterapkan kepada rakyatnya mengikut kesesuaian matapelajaran yang diajar. Tingkat pendidikan yang rapi sebegini, mampu  membimbing pemikiran seseorang agar lebih jitu, proaktif dan matang. Tingkat pendidikan khusus yang dimiliki oleh seseorang juga mampu mengukur kepakarannya dari sudut intelektual dan kerjaya.



Pada kesimpulannya, untuk seseorang yang mahu berjaya dalam skop pendidikan, lima tingkat utama yang perlu dilaluinya agar mendapat kejayaan yang paling tinggi. Pada awal permulaan seseorang haruslah mendaftar dengan mengikuti pelajaran asas diperingkat tadika bagi mendapat kelayakan sijil. Permulaan di bangku Tadika, mampu mendidik seseorang agar terus maju kehadapan dan berani sehinggalah ke menara gading, demi mencapai impian untuk mendapat segulung Doktor Falsafah (PHD).




Ukuran tingkat pendidikan yang dimiliki oleh seseorang di Negara Malaysia, secara tidak langsung mudah untuk meletakkan dirinya pada tahap atau pangkat kerjayanya.


Pada gambarajah di sebelah, menerangkan  susunan atau carta alir tingkat pendidikan di Negara Malaysia  yang perlu dilalui oleh seorang yang berimpian untuk berjaya, khususnya dalam skop pendidikan. Tingkat pendidikan yang di gariskan adalah berbeza kategori pelajarnya dan cara penyampainnya dengan melihat dari sudut matapelajaran, cara pembelajaran serta silibus setiap subjek. Kaedah bersemuka (face-to-face) adalah kaedah yang terbaik kerana ilmu dapat di sampaikan dengan lebih jelas, muda difahami dan terang.  Dalam pada itu juga, era 2020 serta isu semasa covid 19, tidak menghalang penyampaian pendidikan mengikut tingkat, kerana  dengan adanya teknologi, kaedah pembelajaran ditingkatkan ke norma baharu dengan mengunakan media maya; google meet, zoom dan facebook live.



Rujukan;
  1. www.pmo.gov.my/ms/wawasan-2020/malaysia-sebagai-negara-maju/
  2. www.moe.gov.my/dasarmenu/sistem-pendidikan/

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Raya Aidilfitri