AKTIVITI JOGING DI PANTAI TELUK LIKAS

AKTIVITI JOGING DI PANTAI TELUK LIKAS

Berjoging merupakan salah satu aktiviti riadah sukan yang dilakukan di waktu pagi mahupun sebelah petang. Aktiviti seumpama ini, adakalanya dilakukan di rumah, di kawasan lapang dan di taman - taman rekreasi samaada secara persendirian ataupun berkumpulan. Berjoging dapat membantu kehidupan tubuh badan agar lebih sihat dan cergas.  

Terdapat beberapa tempat untuk berjoging yang sering menjadi tumpuan ramai, khususnya di Negeri Sabah antaranya Taman Teluk Likas, Taman Rimba dan Taman Perdana.

Pantai Teluk Likas sememangnya tidak asing lagi dengan pemandangannya yang indah dan merupakan salah satu pandai yang terletak di kawasan Pekan Likas. Pantai berkenaan di namakan Pantai Teluk Likas kerana bentuk geografinya seperti teluk. Taman Teluk Likas sering kali di kunjungi oleh puluhan orang ramai untuk bersantai serta melakukan aktiviti sukan seperti bersenam robik, berjoging dan berbasikal. Dikala hujung minggu, terdapat juga keluarga yang berkumpul hanya semata-mata bersantai dengan melalukan aktiviti piknik (bbq).  


Aktiviti senaman joging khususnya di Pantai Teluk Likas juga merupakan salah satu kegiatan ringan yang dapat membantu anggota fizikal badan agar lebih sihat dan aktif. Aliran darah akan lebih lancar serta dapat membantu sistem pergerakan badan dan pemikiran ke arah lebih proaktif.

Berjoging di Taman Teluk Likas, sememangnya merupakan salah satu pengalaman yang indah kerana suasana persekitaran taman yang terletak di tepi laut. Tiupan angin yang nyaman, udara yang sihat dengan ditambah lagi dengan kemudahan-kemudahan prasarana yang ada seperti restoran, tempat berehat dan tandas awam, memudahkan aktiviti pergerakan senaman. 

Selain daripada faktor kesihatan semasa berjoging, aktiviti seperti itu juga memberi kesan positif khususnya ikatan silaturrahim jika ia dilakukan secara berkumpulan.

Selain daripada itu, berjoging bukan sahaja dapat membantu membakar kalori dalam badan agar lebih seimbang, ia juga menjadikan anggota otot (tulang) agar lebih kuat dan meningkatkan saluran pernafasan dengan yang baik. 



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Raya Aidilfitri