Permohonan Bantuan Budi Sabah

Permohonan Bantuan Budi Sabah

Permohonan bantuan budi bagi Negeri Sabah secara tunai kini dibuka kepada calon - calon yang telah mendapat tempat di Universiti awam dan swasta. Bantuan ini disalurkan secara one - off.


Apakah kriteria untuk memohon bantuan budi Sabah ?
  • Permohonan adalah terbuka kepada pelajar - pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam/ swasta tahun 2021 untuk kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia (Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia) dan diiktiraf oleh kerajaan
  • Pemohon adalah warganegara Malaysia berasal dari Negeri Sabah dan berumur tidak lebih 25 tahun
  • Ibu dan bapa pemohon atau penjaga adalah golongan B40 dan M40
  • Pelajar yang telah mendapat tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri atau mana - mana institusi lain adalah tidak layak mendapat bantuan ini (disahkan oleh IPT)
  • Mendapat pengesahan kemasukan (telah mendaftar) di IPT
  • Bantuan sebanyak RM1500.00 bagi kelulusan Diploma/ Foundation dan Matrikulasi. Manakala RM2000.00 untuk Ijazah Sarjana Muda

Bilakah tarikh tutup permohonan bantuan budi sabah ?
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 05hb November 2021

Bagaimanakah cara memohon bantuan budi Sabah ?
  • Permohonan boleh dibuat secara atas talian (Online) yang telah dibuka mulai Mac 2021

Permohonan Bantuan Budi Sabah


Dimanakah saya boleh berhubung untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang permohonan bantuan budi Sabah ?

  • Rujukan boleh dilakukan dengan menghubungi talian 088369871/ 088369872
  • Melayari laman web : www.https//;mttk@sabah.gov.my
  • https://budi.sabah.gov.my



Terdahulu, Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor, berkata Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) itu disediakan mulai tahun ini dalam usaha meringankan beban keluarga kurang berkemampuan membiayai kos pendidikan anak masing-masing.


Manfaat Bantuan Budi.
  • Meringankan keluarga iaitu isi rumah terhadap kos perbelanjaan akan- anak yang telah mendapat tawaran pengajian di Universiti
  • Memberi semangat jitu kepada para pelajar yang mendapat tawaran di institusi pengajian tinggi dengan lebih kental
  • Pemikiran para pelajar tidak terbeban terhadap sumber kewangan yang mana menganggu tumpuan pembelajaran
  • Pendidikan serta hasrat para pelajar lebih tercapai untuk menjadi insan yang berpendidikan, walaupun dari golongan yang kurang berkemampuan

Post a Comment

2 Comments

  1. lepas permohonan berjaya perlu buat apa ya ? or just tunggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, nanti admin yang berwajib tu akan maklumkan juga. Rujukan lanjut boleh hubungi terus no yang tertera dalam iklan berkenaan. Tq

      Delete