Masjid adalah tempat beribadah bagi penganut agama islam dan pintunya adalah terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin mendidiriak solat, membaca al-quran, iktikaf dan macam - macam lagi aktiviti keagamaan, tidak kira dari kaum adam atau hawa.
Senibina Masjid adalah berbeza - beza dan yang pastinya hadapan mesti menghara ke arah kiblat, iaitu kaabah. Di mana - mana kawasan, Masjid di bina samaada dengan menggunakan batu bata atau kayu kayan. Keunikannya adalah berbeza mengikut citarasa pembuatnya.
![]() |
| senibina masjid yang cantik |
Lantaran daripada itu, disenaraikan berikut adalah beberapa Masjid yang tercantik dan berkeluasan besar khususnya di Negeri dibawah bayu untuk pengetahuan bersama, antaranya;
- Masjid Bandaraya
Terletak di Likas, Kota Kinabalu
- Masjid Haji Hashim
Terletak di Daerah Sipitang
- Masjid Raya
Terletak di Daerah Kota Belud
- Masjid Raya
Terletak di Daerah Ranau
- Masjid Ar-Rahman
Terletak di Daerah Tenom
- Masjid Al-Kauthar
Terletak di Daerah Tawau
- Masjid Ar-Raudhah
Terletak di Daerah Lahad Datu
- Masjid Puncak Taqwa
Terletak di Pekan Kinarut
Justeru daripada itu, sebenarnya terdapat banyak lagi Masjid - masjid yang didirikan di Daerah - Daerah bagi memudahkan orang ramai untuk melakukan amal ibadah di Masjid. Dalam pada itu juga, kekerapan mengunjugi Masjid akan memriahkan lagi suasana Masjid berkenaan.




0 Comments