KEBENARAN BEROPERASI BAGI SEKTOR PANGGUNG WAYANG, PERKHIDMATAN KECANTIKAN DAN KESIHATAN NEGERI SABAH

KEBENARAN BEROPERASI BAGI SEKTOR PANGGUNG WAYANG, PERKHIDMATAN KECANTIKAN DAN KESIHATAN NEGERI SABAH

17 Jun 2020, Jam 3.00 petang. melalui saluran media sosial, hari ini Rakyat Negeri Sabah menarik nafas lega khususnya kepada Pengusaha - Pengusaha dari Sektor Panggung Wayang, Kecantikan dan Kesihatan yang mana telah di benarkan untuk beropeasi. 

Sehubungan dengan itu, menurut YAB Ketua Menteri Sabah perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di bawah peraturan - peraturan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit, operasi Pengusaha - Ppengusaha sektor berkenaan boleh beroperasi seperti biasa tertakluk kepada Standard Operating Procedure (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Yang Berwajib. 

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri Sabah mengingatkan agar setiap individu dan pengusaha - pengusaha di semua sektor haruslah mematuhi peraturan - peraturan yang ditetapkan dengan sentiasa memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup mulut hidung , memakai hand sanitizer sepanjang melakukan aktiviti - aktiviti luar yang dibenarkan. Perkara ini amatlah penting demi penjagaan diri, keluarga serta komuniti yang lain.

Oleh yang demikian, kerjasama adalah amat penting kepada semua lapisan masyarakat, kerana dengan bersatu padu dan mengikuti SOP yang ditetapkan, kita mampu untuk memutuskan rangkaian penyakit berjangkit yang sedang melanda ketika ini.   




Sumber rujukan :
  • Keratan Kenyataan Media  YAB Ketua Menteri Sabah
  • astroawani.com

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Raya Aidilfitri